Wednesday, 28 October 2015

Pandu Uji Kenderaan Di Jalan Raya

PENGENALAN
Pengujian kenderaan bermotor adalah serangkaian kegiatan atau aktiviti menguji dan memeriksa bahagian-bahagian kenderaan sebelum melakukan servis pada kenderaan tersebut. Sebagai seorang mekanik, langkah ini adalah sangat penting untuk dilakukan kerana mekanik dapat mengesan kerosakan yang berlaku pada kenderaan tersebut. Hal ini disebabkan, jika dia membawa kenderaan itu sendiri, secara langsung dia dapat  mengetahui sebarang masalah pada kenderaan itu.

Kriteria yang perlu dititik berat:-

Noise, Vibration and Harshness
Noise, vibration and harshness (NVH) adalah istilah dalam industri otomotif yang berkaitan dengan pemulihan getaran pada kenderaan yang tidak diingini, bunyi hingar angin, kejutan dan isu-isu kualiti perjalanan lain.
Terdapat 2 jenis getaran:
  1.    i.        Structure borne (vibration)
  2.     ii.      Air borne (sound)
Ujian pandu yang merangkumi pada NVH salah satunya seperti:
  1. §  Ujian steering kereta
  2. §  Mengenalpasti keadaan galas roda dan sistem penggantungan kenderaan tersebut.
  3. §  Ujian torque brek kereta.
  4. §  Mengenalpasti bahagian kenderaan yang menghasilkan bunyi hingar dan getaran yang tinggi.

Sebelum melakukan ujian jalan raya, pastikan tayar, roda dan bahagian bawah kenderaan diperiksa untuk mengelakkan dari berlaku masalah atau kemalangan yang yang tidak disangka. 

Bahagian pusaran udara yang disebabkan oleh unjuran pada badan dan permukaaan kenderaan.
Kebocoran udara melalui jurang pada cuaca, kaca tingkap atau pintu
  • fender cermin pandang belakang
  • cermin sisi.
  • pengilap cermin.
  • Antenna radio.
  • Visor matahari (jika dilengkapi).
  • Spoiler (jika dilengkapi).
  • Aksessori lain.

  • Pemasangan cermin yang tidak betul.
  • Cermin tingkap tidak ditutup dengan rapat.
  • Cermin bumbung tidak ditutup dengan rapat.


Kestabilan Kenderaan 


Pengenalan Sistem Gantungan

Ia bertujuan untuk:
  • Menyokong berat kenderaan (body).
  • Menahan gegaran jalan daripada sampai ke badan atau chassis.
  • Mengekalkan kedudukan roda
  • Memberi keselesaan kepada penumpang dan pemandu.
  • Menyerap daya kilas semasa membrek dan pacuan.


Ciri-ciri Sistem Gantungan

  1. Pergerakan turun naik bahagian depan dan belakang kenderaan dipanggil “pitching”
  2. Kenderaan menghayun kekiri dan kekanan dipanggil “rolling”.
  3. Pergerakan turun naik badan kenderaan dipanggil “bouncing”.

Sistem Brek Kenderaan


Brek kenderaan berfungsi untuk memperlahankan kenderaan, memberhentikan kenderaan dan membolehkan kenderaan berada dalam keadaan pegun.

Brek kenderaan menggunakan 2 sistem brek iaitu :

  •          brek gelendong(brake drum)
  •         brek piring(brake disc).



Apabila brek pedal ditekan dengan daya dipindahkan melalui push rod ke master cylinder. Pergerakkan piston ini meninggikan tekanan yang mana cecair brek dipaksa keluar melalui fluid outlet terus ke setiap piston dalam brake calliper. Tekanan hidraulik akan memaksa piston menolak brake pad ke disc brake dan brake shoes ke brake drum bagi setiap roda. Hasil dari geseran tersebut akan memperlahankan kenderaan. 


Komponen Brek Kenderaan

  • Brake Servoir
  • Master Cylinder
  • Pipe Line
  • Brake Pad / Lining
  • Disk / Drum Brake